Want your
own Fotopage?






 
Faridahanom's FotoPage

By: Faridahanom Hamdan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Apr-2007 06:01 Email | Share | | Bookmark
Muffin Pandan

Hari sabtu lepas saya mencuba resipi muffin yg baru. Resipi saya saya dapat dr forum Cari.com. Adunan ini agak cair.. Saya rasa sangsi juga pada permulaannya tapi saya teruskan juga. Yer ler tak cuba tak tau macam mana rasanya. Masa membakar harum betul bau nyer. Muffin ni saya buat buah tangan untuk emak. Emak, adik dan anak saudara suka sgt. Next time saya buat lagi untuk kawan-kawan merasa. . Satu adunan ni saya cuma dapat dlm 9 biji muffin. Rasa nyer gebu, wangi dan lemak. Bersama ini saya sertakan resipi sekali
Muffin Pandan –Cari.com

200g all-purpose flour
1-1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
120g sugar
200ml coconut milk
100ml corn oil
2 eggs
5 pandan leaves
1/4 tsp pandan essence

Method
1. Preheat oven at 190 degC. Line muffin tray with paper cups.
2. Blend pandan leaves with half of the coconut milk. Strain to discard pulp.
3. Sift flour, baking powder, baking soda and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture.
Use a whisk to lightly blend the mixture.
4. Make a well in the middle. Add pandan juice of Step 1 and the remaining ingredients.
FOLD to incorporate dry ingredients into wet ingredients. The batter should be a bit lumpy.
DO NOT BEAT or STIR. This will over mix the batter.
5. Divide batter into 12 muffin cups. Bake in preheated oven for 20 minutes.
6. Bake at upper shelf of oven until muffins are well risen. Transfer to middle shelf ,if required, when
the surface starts to become burnt. Test muffins with skewer to make sure they are cooked.
7.Transfer to wire racks to let cool.


p/s : saya guna tepung biasa & taburkan kelapa kering. muffin ni sedap, rasa lemak santan dan wangi daun pandan

Care to comment?


Friday, 30-Mar-2007 02:21 Email | Share | | Bookmark
Kek Lukis

 
 
Cubaan buat bunga ros
Ni merupakan kek pertama yg saya lukis utk customer. Tak mahir tapi ambil juga tempahan. Saya anggap sebagai cabaran. Saya buat dengan sepenuh hati tapi ada masa tahap kesabaran tu menurun di sebabkan beberapa kejadiaan yang tak di jangka. Tapi biar ler jadi kenangan manis. Jenuh dan banyak memakan masa tapi seronok juga membuat nyer. Terima Kasih pada insan-insan yg banyak membantu dan memberi sokongan.


Kek Dragon Ball (Goku)


budak kartun dragonball kata: apa tengok? debik kang! Fri 30-Mar-2007 07:34
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Add comment


Monday, 19-Mar-2007 09:04 Email | Share | | Bookmark
Project lepas balik dari Penang

 
 
 
View all 6 photos...
Selepas balik dr penang..memang penyakit 'M" melanda..teruk betul. tapi di sebabkan ada org order..buat jugak ler sebab tak nak hampakan perasaan org. Hari khamis tu buat cream puff utk kawan office. Untuk hari sabtu tu ada pelanggan dr Sri Pristana order birthday cake.

Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak cuba-cuba buat kek lukis. 30hb ni ada kawan order kek birthday untuk anak bujang nyer Leceh jugak dan ler tak cukup stock warna. Harap dapat buat lebih baik dari ni.


kalau penat mcm pun ada business kena wat jugak kan Mon 19-Mar-2007 11:41
Posted by:ida isk  - [Link]
>> murah rezeki... Fri 23-Mar-2007 00:53
Posted by:jeff  - [Link]
memang sedap itu cream puff!! choc cake nyer p[un saya dah rasa!! begitu juga dgn tiramisuuu.. sodappppppppppp tak yah beli kat SR pun tak pe.. kak ferry buat sodap!! Fri 23-Mar-2007 08:02
Posted by:**Zubye**  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Mar-2007 06:24 Email | Share | | Bookmark
Birthday kek lagi ...

kek span resipi chef asma
Trim utk dpt bentuk no. 5
kek strawberry
View all 5 photos...
Minggu ni buat kek untuk anak kawan. Saya buat kek strawberry menggunakan resipi chef asma. Buttercream pula saya gunakan resipi misleha.


Dan saya juga buat muffin untuk tempahan. Muffin Coklat chip

Tak lupa juga kek coklat bentuk no 6 untuk Aniq

Care to comment?


Wednesday, 28-Feb-2007 04:06 Email | Share | | Bookmark
Kek Butter Nestum

 
 
Semalam MC. Rehat kat rumah. Rasa teringin pulak nak makan kek ni. Dah lama tak buat...so ada kesempatan buat ler. Sekali sekala buat untuk diri sendiri pulak. Di sini saya serta kan resipi yg saya dpt dari forum cari.com

Family Nestum cake [Chanel2004]

240 gm butter,room temperature
200 gm sugar
1 tbsp Honey
4 eggs(m)
50 gm Nestum
200 gm Self raising flour,sifted
150 ml milk

Preheat oven to 180'c
Lined and grease a 9 inch tin
Beat butter,sugar and honey till light and fluffy (carefull not to over beat it)
Add in eggs one by one and beat well.
Add nestum and mix well.
Fold in sifted flour alternatively with the milk and blend wel combined.
Bake the cake for about 40 to 45 minutes

Untuk kawan-kawan semua selamat mencuba.

Care to comment?


Wednesday, 21-Feb-2007 05:01 Email | Share | | Bookmark
My 'kek gula hangus' dan cheesecake

cheesecake yg belum di bakar
Cheesecake 2
ohhh sedap nyer tapi next time for 250 g cheese better use pan 6
View all 6 photos...
Setelah sekian lama tak upload dlm fp nie. Kerana kesibukan sampai tak sempat nak ambil gambar. Tak silap sebelum cuti panjang tu sempat jugak ler buat hazelnut coffee cheesecake. Memang sedap bagi pengemar kopi.Thanks untuk mama Zieza. Rasa lepas nie nak buat lagi sampai dapat hasil yg memuaskan hati. Pada hari sabtu yg hujang dr pagi tu sempat juga mencuba resipi kek gula hangus yg di beri oleh maklang. Resipi asal ni sumbangan Puan Halimah. Besama nie saya serta kan resipi kepada sesiapa yg sudi untuk mencuba.

HAZELNUT CHEESECAKE

Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut... halus

60 gm cooking cekelat dicairkan


Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.


Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...


Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.


PERHATIAN

Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...


Kalau nak makan kek ni cepat dan takmo simpan lama... lepas masak dan dah sejuk, boleh hiaskan dengan whipped krim yang diputar dan boleh hias cam kek blackforrest atau pun sapu whipped cream dan susun buah peach dan ceri atau strawberry.

Kek Gula Hangus Puan Halimah

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawa

tak kasik rasa pun? Thu 22-Feb-2007 06:55
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Feb-2007 07:17 Email | Share | | Bookmark
Classic Carrot Cake

 
Hari Ahad malam Isnin selepas habis berkemas, basuh baju dan mengosok..mulalah project yang lama tertangguh. So buat jugak ler sebelum carrot tu jadi pokok hahaha . Resipi ni dari noormasri. Sedap kek ni. Tapi buat simple ajer sebab nak makan sendiri. SO tak ada deco

Sah, sedap... tq k ferri sebab rasakan kita.. tapi kenapa gambar kek dlm ni warna putih? bukan kuning? Mon 5-Feb-2007 08:02
Posted by:Lin  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Feb-2007 06:51 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Kota Baharu

Banyak pilihan kat pasar
Tudung yang cantik
barang kraf
View all 5 photos...
Hari Rabu lepas 31 Jan 2007 saya bersama rakan bertolak ke KB menaiki Keretapi. Perjalanan mengambil masa selama 11 jam 30 minit. Rasa teruja jugak sebab dah 9 tahun tak kesana. Apalagi menaiki keretapi. Pengalaman yg cukup menarik. 8.30 malam kami bertolak dari KL Sentral. Sampai di Wakaf Baru pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 1 Febuari 2007. Sampai ajer rumah kawan rehat sekejap dan keluar semula ke bandar. Shopping dan makan sakan sampai terlupa nak ambil gambar. tapi kawan ada bawa handycam. Nanti boleh kumpul semula. Rasa nak datang sini semula

Kak Mis pun pernah pergi Kelantan, tak ingat bila tapi memang dah lama lah, pergi kat pasar geram tengok kain tudung di sana, tapi tu lah tak pandai cakap kelantan, bile pun harga mahal. Wed 14-Feb-2007 10:59
Posted by:Misliha naza214@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 30-Jan-2007 07:21 Email | Share | | Bookmark
Birthday Cake Untuk Orang Tersayang

Dari Zan utk suami tersayang
Kek Zan
Kek Zan
Isnin 29 January 2007 buat 2 kek coklat dan satu brownies. Satu kek ni di tempah oleh zan. Isnin tu balik terlewat sikit kerana ada accident. Malang sungguh hari tu. Tapi balik sempat juga siapkan tempahan kek zan. Sekurang-kurangnya bila deco kek ni dapat menghilangkan rasa sedih dan macam-macam dalam diri. Betul kata Pak Long Zul cara macam tu boleh alirkan perasaan kedalam karya, canvas dan saya buat nyer atas kek.

sedap tu..... ma kaceh ma kaceh...

jualan tikar sarawak dan bedsheet kat
http://bisneskita.fotopages.com
Wed 31-Jan-2007 04:36
Posted by:org kampung pikorfc@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 26-Jan-2007 02:45 Email | Share | | Bookmark
Kelas bersama chef Asma di LMC

Benji Roll and others roll
Swiss roll yg dah siap packing
chef asma buat demo
View all 9 photos...
Hari Ahad lepas 29 Jan saya attend kelas chef asma. Belajar buat Benji Roll, Half moon blueberry, Opera Cake dan Pineapple Upside down. Memang menarik kelas ni dan chef yg ajar pun memang pandai mengajar. Kelas tu di LMC Sg Buloh

pn. boleh beri saya resepi benji roll Thu 2-Apr-2009 03:25
Posted by:ros wan.shuhaimi79@gmail.com
boleh tak bagi saya resepi benji roll
Wed 14-Oct-2009 03:18
Posted by:lin arrisya73@yahoo.com.my
slm..boleh mintak resepi benji roll?...
pls...thank you.
Sat 12-Dec-2009 01:28
Posted by:azlina lyn_chess@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.